Your are: Home :
Penulisan,
Sedih
Detik Waktu
Assalamualaiikum .dibawah merupakan petikan dari page Amin Idris Official,beliau merupakan pengacara di TV Al-Hijrah. terbaca di fan page beliau satu kisah yang mungkin menyentuh hati,diberi kesempatan ini untuk saya kongsikan di ruangan BukhariMalek ini.
Detik Waktu dan Kehidupan
23 Disember 2011, 6pagi | Saya menerima sms di awal pagi tentang berita gembira adik saya Noria Idris melahirkan Rayyan Ikhwan b. Muhammad Akram. Alhamdulillah keluarga kami bertambah ahlinya seorang
8.30pagi | Saya menerima sms lagi menyatakan adik saya kritikal kerana pendarahan selepas bersalin.
10.00pagi | Saya sedang bersiaran langsung di TVAlhijrah sempena Karnival TVAlhijrah di Kuala Terengganu. Hati sudah mula bergolak. Walaupun senyum di hadapan kamera, jiwa dan hati dan sedang meronta pedih. Sms seterusnya menyatakan adik saya sedang nazak.
11.00pagi | Saya terus pulang dengan kereta TVAlhijrah terus menuju Hospital Besar Kota Bharu.
2.30petang | Tiba di HKB, adik saya sudah tidak sedarkan diri. Beliau di bilik bedah. Doktor terpaksa membuang rahim untuk menghentikan pendarahan, namun selepas itu buah pinggangnya pula gagal berfungsi.
Noria Idris bertarung nyawa untuk terus hidup hampir 24jam. Sangat ramai sahabat dan rakannya datang menziarahi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa kecuali membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah diiringi air mata harapan.
24 Disember 2011 | Sepanjang hari saya memegang tangannya, mencium dahinya, berbual dengannya seolah beliau sedarkan diri. Terkadang terasa seolah dia dapat merasai betapa kami tidak mahu kehilangannya, mahu terus melihat senyumannya, mendengar tawa riangnya, melihat kecomelannya tatkala marah.
11malam | Pasukan doktor dengan berat hati menyatakan kepada kami sekeluarga bahawa Noria Idris dalam keadaan kritikal. Peluang hidup tidak lebih 20%. Saya enggan percaya. saya tidak putus solat hajat di dalam wad dan merayu kepada Allah.
25 Disember 2011, 12.27mlm | Doktor mengesahkan Noria Idris telah pergi. Ibu saya rebah tidak tahan sebak, anak sulong Aiman menjerit minta ibunya bangun sambil geram menyalahkan doktor di Hospital An-Nisaa', suaminya berlutut di samping jenazah Noria... saya hanya mampu terduduk, menangis dan cuba menerima ketentuan Allah
Saya, adik bongsu saya dan suaminya bertindak meletakkan jenazah di dalam liang lahad. Saya yang memegang kepalanya mengambil kesempatan untuk cium wajahnya berkali-kali... tidak saya sangka rupanya cium itu tidak mampu mengubat rindu yang tidak pernah kurang hingga saat ini. Almarhum Noria Idris selamat dikebumikan selepas Zohor... Kini setahun saat paling sukar dalam hidup saya sudah berlalu, namun wajah jelita adikku Noria Idris takkan dilupa selamanya.... al-Fatihah buat Noria Idris, 1 September 1982 - 25 Disember 2011.

Penting!
GilerMedia - GilerHackers Hanyalah sebuah blog yang memaparkan informasi siber seperti penggodaman dan sebagainya.Kami tidak terlibat dengan mana mana aktiviti Menggodam Sepenuhnya dan tiada hubungan dengan mana mana penggodam. -Harap Maklum. GilerHackers
widget kod