300

Your are: Home : , ,

Bacaan Doa Iftitah Beserta Maksud dan Video

Assalamualaiikum.Hari ini saya ingin kongsikan bacaan Doa Iftitfah beserta maksudnya.Tersedia didalam bahasa rumi dan disertakan video sebagai panduan tambahan.
Doa Iftitah ialah doa yang dibaca sebagai pembuka solat iaitu sebaik saja selesai takbiratul-Ihram dan sebelum membaca al-Fatihah.

Bacaan Doa Iftitah

Bacaan di dalam bahasa rumi:-
Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.
Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Hukumnya adalah Sunat, Namun kita tidak perlu mengambil ringgan walaupun ianya sunat
Untuk panduan video,rujuk video dibawah: