300

Your are: Home : ,

Rukun dan Syarat Solat


Assalamualaiikum, Hari ini saya kongsi sedikit sebanyak tentang rukun solat,
Sebelum itu mari kita kenali sedikit sebanyak pengertian Solat.

Ringkasan.
Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir (Allahu Akbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum)

Hukum.
Solat Lima waktu adalah Wajib dan syaratnya mestilah:
1.Islam
2.Suci daripada haid dan nifas
3.Berakal
4.Cukup Umur iaitu baligh
5.Berada dalam keadaan sedar (tidak tidur)

Manakala Syarat Sah solat mestilah:
1. Mengetahui telah masuk waktu solat dengan yakin, dengan ijtihad atau dengan sangkaan yang kuat. Sekiranya dia bersolat dengan rasa syak tidak sah solatnya.
2. Mengetahui arah kiblat.
3. Wajib tutup aurat dengan pakaian yang bersih dan halal.
4. Wajib sucikan diri dari najis pada pakaian, badan dan tempat solat.
5. Wajib bagi yang mampu untuk solat fardhu dalam keadaan berdiri.

Rukun Solat pula ada 13 perkara iaitu:
1) Berdiri tegak - kalau tidak mampu, boleh dalam keadaan duduk, berbaring (mengikut kemampuan diri sendiri)
2) Niat
3) Takbiratul Ihram
4) Bacaan Al Fatihah
5) Ruku' serta thoma'ninah
6) I'tidal serta thoma'ninah
7) Sujud dua kali serta thoma'ninah
8) Duduk di antara dua sujud serta thoma'ninah
9) Duduk tahiyyat akhir
10) Bacaan tahiyyat akhir
11) Membaca selawat ke atas Nabi waktu tahiyyat akhir
12) Memberi salam yang pertama
13) Tertib

Diantara perkara yang membatalkan Solat:
1. Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan
2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan .
3. Bekata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huruf yang ada pengertian
4. Terbuka auratnya
5. Makan minum walaupun hanya sedikit
6. Mengubah niat, misalnya ingin memutuskan solat
7. Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan
8. Membelakangi kiblat
9. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.
10. Tertawa terbahak-bahak
11. Mendahului imamnya.
12. Murtad ( terkeluar dari agama islam).


Setakat ini sahaja untuk artikel Rukun dan Syarat Solat semoga perkongisan yang sedikit ini memberi manfaat yang baik untuk kita semua, wallahua'lam